Tuesday 16 October 2012

orbing ball

Bosan? Penat? Stress? Saya ada satu cadangan untuk anda hilangkan rasa bosan dan penat anda itu. Itu pun kalau anda minat dengan sukan lasak.

Pernah dengar tak pasal 'orbing ball'. Bagi sape2 yang berada di sekitar Serdang dan Gemas, Negeri Sembilan mungkin pernah mencuba aktiviti ini.


Orbing ball ni merupakan gigantic inflatable ball. Peserta dikehendaki masuk dalam orbing ball ni dan mematuhi semua ciri2 keselamatan dalam ni. Objek2 tajam juga dilarang bawa termasuklah jam tangan dan handphone. Kemudian orbing ball ini akan ditolak menuruni lembah yang curang agak2 dalam 150 meter. Rasanya seperti berada dalam mesin basuh pun ya juga. Walau bagaimanapun, rasa bergolek2 tu lebih kurang dalam 40 saat je. Tak lama. Bagi sape2 yang nak cuba keluarkan isi perut dan kempiskan perut anda bolehlah mencubanya.

Sesiapa yang free hujung minggu ni, jum lah kita ke:
1. MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) atau
2. GEMAS (Gemas Golf Resort, Gemas, Negeri Sembilan)

Di MAEPS, aktiviti orbing ball ni disediakan dalm satu pakej bersama-sama dengan aktiviti water orb, bumper orb and archery target shooting. Harganya lebih kurang RM100 setiap orang.


1 comment:

nanieydotcom said...

smpai kt bawah terus ting tong.. pening.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...