Saturday 13 October 2012

Nasi Lemak 80 sen

Tahniah kepada The Red Warriors.



Piala Malaysia 2012 separuh akhir ke-2 semalam antara Kelantan dan Selangor di Stadium Shah Alam telah membuatkan rakyat Malaysia terutamanya peminat tegar bola sepak Malaysia tertanya-tanya apakah itu 'Ajihs Nasi Lemak'.

Kepada yang tidak berkesempatan menonton perlawanan semalam juga mungkin tertanya-tanya kerana ramai yang meng'update' status facebook dan twitter masing-masing dengan keyword 'Ajihs Nasi Lemak'.

Saya sendiri pun tertanya-tanya apakah dan dimanakah 'Ajihs Nasi Lemak' itu. Sebelum ini, saya sendiri pun tidak pernah mengetahui mengenai kewujudannya.

'Ajihs Nasi Lemak' ini mula mendapat perhatian ramai apabila pemain The Red Warriors, Piya menjaringkan gol ke-2 menerusi sepakan percuma. Untuk meluahkan rasa kegembiraan atas kejayaan tersebut, Piya membuka baju dan terpampang 'Ajihs Nasi Lemak'.

Mulai saat ini satu Kelantan akan mengetahui kewujudan 'Ajihs Nasi Lemak' dan rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Kelantan juga mula mengintai dimanakah 'Ajihs Nasi Lemak' ini.



Apa yang boleh kita andaikan di sini, kemungkinan besar 'Ajihs Nasi Lemak' ini adalah perniagaan milik Piya.

Di sini, saya juga ingin mempromosikan 'Ajihs Nasi Lemak' sebagai sokongan saya kepada The Red Warriors. Gomo Kelate Gomo. Semoga The Red Warriors berjaya pada pusingan akhir Piala Malaysia 2012 nanti.

Kepada rakyat Kelantan, jom ramai-ramai menikmati sarapan nasi lemak di 'Ajihs Nasi Lemak' yang dikenal pasti berada di kawasan Guchil Bayam dengan harga 80 sen sahaja. Ada juga khabar yang saya dengar mengatakan sebelum ini terkenal dengan nama nasi lemak 80 sen.

p/s: jangan lupa mengambil sarapan pada setiap pagi untuk memastikan anda tidak lesu sepanjang hari.^^




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...