Monday 22 October 2012

mini ipad lauch?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua^^

Bangun pagi-pagi ni terus dapat berita pasal Apple nak launch mini ipad 23hb October ni. Betul ke tak? Apa yang pasti Apple dah hantar kad undangan ke majlisnya pada 23hb ni. Majlis apakah itu? Majoriti meramalkan bahawa Apple nak lancarkan mini ipad ni. Untuk kepastian, kita tunggu je 2 3 hari lagi.

Mari sama-sama kita review cket pasal mini ipad ni.
- apa yang dijangka, ipad ini akan mempunyai skrin 7.8 inch dan harganya serendah $249 (tukar kepada mata wang Malaysia berapa ye agak2). Dengan itu, boleh la si mini ipad ni bersaing secara langsung dengan table Kinder Fire HD dan Google Nexus 7.
Kemungkinan juga mini ipad ini akan menggantikan ipad 2? Mini ipad ini akan memenuhi atau melebihi keupayaan ipad 2 dalam bentuk yang lebih kecil supaya senang dibawa ke mana-mana dan apa yang penting, kos pun lebih murah.

Iphone ada kamea, ipod touch ada kamera. Mini ipad ada kamera ke tak?hehe...

Apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa perlunya mini ipad ini? Adakah ia merupakan ipad ke dua atau khusus untuk kanak-kanak? Kita harapkan agar Apple dapat berikan penjelasan yang selebihnya nanti.
p/s: Tak sabar rasanya nak rembat mini ipad ni satu. Saya harapkan mini ipad yang akan keluar ini kalerful mcm gula-gula ni. Biar nampak ceria je. hehe....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...