Monday, 22 October 2012

mini ipad lauch?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua^^

Bangun pagi-pagi ni terus dapat berita pasal Apple nak launch mini ipad 23hb October ni. Betul ke tak? Apa yang pasti Apple dah hantar kad undangan ke majlisnya pada 23hb ni. Majlis apakah itu? Majoriti meramalkan bahawa Apple nak lancarkan mini ipad ni. Untuk kepastian, kita tunggu je 2 3 hari lagi.

Mari sama-sama kita review cket pasal mini ipad ni.
- apa yang dijangka, ipad ini akan mempunyai skrin 7.8 inch dan harganya serendah $249 (tukar kepada mata wang Malaysia berapa ye agak2). Dengan itu, boleh la si mini ipad ni bersaing secara langsung dengan table Kinder Fire HD dan Google Nexus 7.
Kemungkinan juga mini ipad ini akan menggantikan ipad 2? Mini ipad ini akan memenuhi atau melebihi keupayaan ipad 2 dalam bentuk yang lebih kecil supaya senang dibawa ke mana-mana dan apa yang penting, kos pun lebih murah.

Iphone ada kamea, ipod touch ada kamera. Mini ipad ada kamera ke tak?hehe...

Apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa perlunya mini ipad ini? Adakah ia merupakan ipad ke dua atau khusus untuk kanak-kanak? Kita harapkan agar Apple dapat berikan penjelasan yang selebihnya nanti.
p/s: Tak sabar rasanya nak rembat mini ipad ni satu. Saya harapkan mini ipad yang akan keluar ini kalerful mcm gula-gula ni. Biar nampak ceria je. hehe....


Thursday, 18 October 2012

cara basuh tangan yang betul!!!


Soalan cepumas....hehe

Apa yang perlu kita buat sebelum kita makan? (jawapan dari aspek kebersihan dan kesihatan)

BASUH TANGAN
 Sape je yang tak tau. Budak 1 taun pun tau basuh tangan. Semua orang tau basuh tangan sebelum makan. Tapi masalahnya tahukah kita cara basuh tangan yang betul? Bilakah kita perlu basuh tangan selain daripada hendak makan?

Basuh tangan pun ada cara ke? Main belasah je lah. Ambil sabun, basuh dan bilas. Senang je tapi yakinkah kita semua kuman dapat disingkirkan. Ni contoh kuman-kuman yang ada kat tangan.

Kat sini, saya nak tunjukkan 7 langkah mencuci tangan. Sape tak ingat 7 langkah ni? Tepuk dada, tanya tangan betul tak cukup 7 langkah basuh tangan sebelum makan tadi?hehe...

  

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Global Handwashing Day yang dibawakan oleh lifebuoy, jum klik SINI

p/s: jangan lupa basuh tangan dengan lifebuoy^^




Tuesday, 16 October 2012

orbing ball

Bosan? Penat? Stress? Saya ada satu cadangan untuk anda hilangkan rasa bosan dan penat anda itu. Itu pun kalau anda minat dengan sukan lasak.

Pernah dengar tak pasal 'orbing ball'. Bagi sape2 yang berada di sekitar Serdang dan Gemas, Negeri Sembilan mungkin pernah mencuba aktiviti ini.


Orbing ball ni merupakan gigantic inflatable ball. Peserta dikehendaki masuk dalam orbing ball ni dan mematuhi semua ciri2 keselamatan dalam ni. Objek2 tajam juga dilarang bawa termasuklah jam tangan dan handphone. Kemudian orbing ball ini akan ditolak menuruni lembah yang curang agak2 dalam 150 meter. Rasanya seperti berada dalam mesin basuh pun ya juga. Walau bagaimanapun, rasa bergolek2 tu lebih kurang dalam 40 saat je. Tak lama. Bagi sape2 yang nak cuba keluarkan isi perut dan kempiskan perut anda bolehlah mencubanya.

Sesiapa yang free hujung minggu ni, jum lah kita ke:
1. MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) atau
2. GEMAS (Gemas Golf Resort, Gemas, Negeri Sembilan)

Di MAEPS, aktiviti orbing ball ni disediakan dalm satu pakej bersama-sama dengan aktiviti water orb, bumper orb and archery target shooting. Harganya lebih kurang RM100 setiap orang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...