Jenama sering memainkan perana penting dalam menentukan barang apa yang hendak dibeli. Malah tak salah untuk kita katakan, pengguna kadang kala lebih memilih untuk membeli barang yang lebih mahal semata-mata kerana jenama, bukannya keperluan.
Ambil satu contoh mudah, model telefon bimbit. Hampir semua golongan kita hari ini mengenali iPhone, produk keluaran syarikat gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple. Setiap model yang dikeluarkan biasanya bermula dengan harga RM2000 (mengikut spesifikasi) sudah pasti membuatkan kebanyakan kita menggigit jari kerana harganya yang mahal. Teknologi touch screen yang diperkenalkan oleh Apple akhirnya merubah pasaran telefon bimbit yang dahulunya dikuasai oleh Nokia, Motorola dan sebagainya. Pengeluar terkemuka dari Korea iaitu Samsung tampil untuk menjadi saingan kepada Apple dengan memperkenalkan model S III sebagai jawapan kepada produk iphone 4s. Era smartphone yang memerlukan pengguna untuk sentiasa berkomunikasi memerlukan capaian internet tanpa wayar, mel elektronik (emel) dan bermain games interaktif yang sudah tentu memerlukan produk yang berprestasi tinggi yang mampu memenuhi keperluan mereka.
Persoalannya adakah pengguna yang membeli gadjet yang mahal ini disebabkan keperluan atau pun kerana trend jenama? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh setiap pengguna iatu pembeli kepada produk terbabit. Misalnya, penulis memiliki iPhone 4s, produk keluaran Apple pada September 2011. Tuptap, September 2012, Apple skali lagi mengeluarkan iphone yang baru iaitu iPhone 5.
Berbaloikah untuk kita memiliki setiap produk berjenama yang dikeluarkan? Adakah produk berjenama ini mampu memuaskan hati kita atau sekadar bergaya sahaja?Jom sama-sama kita fikirkan dan praktikkan yang baik sahaja dalam kehidupan. Berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak. Boleh terima ke? hehe...

No comments:
Post a Comment