Monday, 29 October 2012

maksud hadiah

Assalamualaikum...

Hye readers sume...

Pada yang perempuan, pernah dapat hadiah dari lelaki istimewa tak? Hehe.. dan pada yang lelaki, pernah bagi hadiah pada perempuan pilihan hati tak? Kat sini saya nak kongsikan sedikit maksud pemberian hadiah lelaki kepada perempuan^^

  • jam tangan - tanda mengingati setiap masa dan waktu
  • cincin - tanda ikatan kasih yang abadi
  • gelang - tanda mesra
  • rantai leher - ikatan cinta yang perlu perhatian
  • subang - tanda penghargaan dan penghormatan
  • kasut - sentiasa mengambil berat atau prihatin
  • pakaian/kain - semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
  • payung - tanda kasih dan sentiasa ingin dilindungi
  • minyak wangi - tanda cinta
  • bingkai gambar - sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan 
  • buku - bersifat terbuka dan bertolak ansur
  • bunga - tanda perkenalan dan tanda sayang
  •  coklat - semanis cintamu
  • lagu/cd/kad ucapan - mengabadikan cinta dan kenangan
  • sejadah dan al-quran - tandanya menyayangi dunia akhirat
  • handphone - tandanya kamu jangan lari dari ku!!! Akan ku carimu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) 

Tetapi hadiah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah....
  • MASUK MEMINANG - tandanya si dia serius dan betul-betul ikhlas mencintai kamu^^

Sunday, 28 October 2012

JENAMA TERBAIK

Jenama sering memainkan perana penting dalam menentukan barang apa yang hendak dibeli. Malah tak salah untuk kita katakan, pengguna kadang kala lebih memilih untuk membeli barang yang lebih mahal semata-mata kerana jenama, bukannya keperluan.

Ambil satu contoh mudah, model telefon bimbit. Hampir semua golongan kita hari ini mengenali iPhone, produk keluaran syarikat gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple. Setiap model yang dikeluarkan biasanya bermula dengan harga RM2000 (mengikut spesifikasi) sudah pasti membuatkan kebanyakan kita menggigit jari kerana harganya yang mahal. Teknologi touch screen yang diperkenalkan oleh Apple akhirnya merubah pasaran telefon bimbit yang dahulunya dikuasai oleh Nokia, Motorola dan sebagainya. Pengeluar terkemuka dari Korea iaitu Samsung tampil untuk menjadi saingan kepada Apple dengan memperkenalkan model S III sebagai jawapan kepada produk iphone 4s. Era smartphone yang memerlukan pengguna untuk sentiasa berkomunikasi memerlukan capaian internet tanpa wayar, mel elektronik (emel) dan bermain games interaktif yang sudah tentu memerlukan produk yang berprestasi tinggi yang mampu memenuhi keperluan mereka.

Persoalannya adakah pengguna yang membeli gadjet yang mahal ini disebabkan keperluan atau pun kerana trend jenama? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh setiap pengguna iatu pembeli kepada produk terbabit. Misalnya, penulis memiliki iPhone 4s, produk keluaran Apple pada September 2011. Tuptap, September 2012, Apple skali lagi mengeluarkan iphone yang baru iaitu iPhone 5.


Berbaloikah untuk kita  memiliki setiap produk berjenama yang dikeluarkan? Adakah produk berjenama ini mampu memuaskan hati kita atau sekadar bergaya sahaja?Jom sama-sama kita fikirkan dan praktikkan yang baik sahaja dalam kehidupan. Berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak. Boleh terima ke? hehe...


Wednesday, 24 October 2012

WOW, IPAD MINI^^

Wow, apa yang ditunggu-tunggu terlaksana jua...ceeewwwaaaahhhh..hehe..



Akhirnya, Apple bawa keluar juga ipad mini - table kecil dengan skrin 7.9 inch saje. Harga pula dalam RM1020-RM2050. Mahal ke?

Ipad mini ini mempunyai skrin 7.9 inch dan kenipisannya hanya 7.2mm. Rasa-rasa efektif tak?

Ipad mini ini juga mempunyai dual-core A5 chip, FaceTime HD Camera dan yang pastinya iSight Camera on the back which can take 1080hd video. Wow, senang dan menguntungkan kan kan?

Nak cerita lagi, bateri ipad mini ini boleh tahan sehingga 10 jam dan beratnya dalam 0.86lbs. Berbaloi tak?

Yang kekal dan yang tak berubahnya, si ipad mini ini boleh didapati dalam kaler silver dan hitam juga tapi dengan newly-designed smart cover in the range of colours.Hehe...

But, it will have a lower screen resolution than boths its main rivals, the Kindle Fire HD Google's Nexus 7.

p/s: apa komen and pasal ipad mini? berbaloi tak if nak rembat satu?^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...